Achtung

Posted on June 7, 2009 by sakeena.
Categories: Uncategorized.

http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida/

Secreto

Posted on June 4, 2009 by sakeena.
Categories: Uncategorized.

http://sakeena.blog.friendster.com/2007/05/love-me/

Allah memberitahu kita bahawa dalam setiap peristiwa yang Dia ciptakan terdapat kebaikan di dalamnya. Ini merupakan rahsia lain yang menjadikan mudah bagi orang-orang beriman untuk bertawakal kepada Allah. Allah menyatakan, bahkan dalam peristiwa-peristiwa yang tampaknya tidak menyenangkan terdapat kebaikan di dalamnya:

“Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (An-Nisa’ : 19)

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah : 216)

Dengan memahami rahsia ini, orang-orang yang beriman menjumpai kebaikan dan keindahan dalam setiap peristiwa. Peristiwa-peristiwa yang sulit tidak membuat mereka merasa gentar dan khawatir. Mereka tetap tenang ketika menghadapi penderitaan yang ringan mahupun berat.

Orang-orang Muslim yang ikhlas bahkan melihat kebaikan dan hikmah Ilahi ketika mereka kehilangan seluruh harta benda mereka. Mereka tetap bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan kehidupan.

Mereka yakin bahawa dengan kehilangan harta tersebut Allah sedang melindungi mereka dari perbuatan maksiat atau agar hatinya tidak terpaut dengan harta benda.

Untuk itu, mereka bersyukur dengan sedalam-dalamnya kepada Allah kerana kerugian di dunia tidak ada apa-apanya dibandingkan dengan kerugian di akhirat. Kerugian di akhirat ertinya azab yang kekal abadi dan sangat pedih.

Orang-orang yang tetap sibuk mengingat akhirat melihat setiap peristiwa sebagai kebaikan dan keindahan untuk menuju kehidupan akhirat.

Orang-orang yang bersabar dengan penderitaan yang dialaminya akan menyedari bahawa dirinya sangat lemah di hadapan Allah, dan akan menyedari betapa mereka sangat memerlukan Dia.

Mereka akan berpaling kepada Allah dengan lebih berendah diri dalam doa-doa mereka, dan zikir-zikir mereka akan semakin mendekatkan diri mereka kepada-Nya. Tentu saja hal ini sangat bermanfaat bagi kehidupan akhirat seseorang.

Dengan bertawakal sepenuhnya kepada Allah dan dengan menunjukkan kesabaran, mereka akan memperoleh redha Allah dan akan memperoleh pahala berupa kebahagiaan abadi.

Manusia harus mencari kebaikan dan keindahan tidak saja dalam penderitaan, tetapi juga dalam peristiwa sehari-hari. Misalnya, masakan yang dimasak dengan susah payah ternyata hangus, dengan kehendak Allah, mungkin akan bermanfaat menjauhkan dari mudarat kelak di kemudian hari.

Seseorang mungkin tidak diterima dalam ujian masuk perguruan tinggi untuk menggapai harapannya pada masa depan. Bagaimanapun, hendaknya ia mengetahui bahawa terdapat kebaikan dalam kegagalannya ini.

Demikian pula hendaknya ia dapat berfikir bahawa barangkali Allah mengkehendaki dirinya agar terhindar dari situasi yang sulit, sehingga ia tetap merasa senang dengan kejadian itu.

Dengan berfikir bahwa Allah telah menempatkan pelbagai rahmat dalam setiap peristiwa, baik yang terlihat mahupun yang tidak, orang-orang yang beriman melihat keindahan dalam bertawakal mengharapkan bimbingan Allah.

Seseorang mungkin tidak selalu melihat kebaikan dan hikmah Ilahi di balik setiap peristiwa. Sekalipun demikian ia mengetahui dengan pasti bahwa terdapat kebaikan dalam setiap peristiwa. Ia memanjatkan doa kepada Allah agar ditunjukkan kepadanya kebaikan dan hikmah Ilahi di balik segala sesuatu yang terjadi.

Orang-orang yang menyedari bahawa segala sesuatu yang diciptakan Allah memiliki tujuan tidak pernah mengucapkan kata-kata, “Seandainya saya tidak melakukan…” atau “Seandainya saya tidak berkata …,” dan sebagainya.

Kesalahan, kekurangan, atau peristiwa-peristiwa yang kelihatannya tidak menguntungkan, pada hakikatnya di dalamnya terdapat rahmat dan masing-masing merupakan ujian.

Allah memberikan pelajaran penting dan mengingatkan manusia tentang tujuan penciptaan pada setiap orang. Bagi orang-orang yang dapat melihat dengan hati nuraninya, tidak ada kesalahan atau penderitaan, yang ada adalah pelajaran, peringatan, dan hikmah dari Allah.

Misalnya, seorang Muslim yang tokonya terbakar akan melakukan muhasabah diri, bahkan keimanannya menjadi lebih ikhlas dan lebih lurus, ia menganggap peristiwa itu sebagai peringatan dari Allah agar tidak terlalu sibuk dan terpikat dengan harta dunia.

Hasilnya, apa pun yang dihadapinya dalam kehidupannya, penderitaan itu pada akhirnya akan berakhir sama sekali. Seseorang yang mengenang penderitaannya akan merasa takjub bahawa penderitaan itu tidak lebih dari sekadar kenangan dalam fikiran, bagaikan orang yang mengingat kembali adegan dalam filem.

Oleh kerana itu, akan datang suatu saat ketika pengalaman yang sangat pedih akan tinggal menjadi kenangan, bagaikan bayangan adegan dalam filem. Hanya ada satu yang masih ada: bagaimanakah sikap seseorang ketika menghadapi kesulitan, dan apakah Allah redha kepadanya atau tidak.

Seseorang tidak akan dipertanggungjawabkan atas apa yang telah ia alami, tetapi yang diminta tanggungjawab adalah sikapnya, fikirannya, dan keikhlasannya terhadap apa yang ia alami.

Dengan demikian, berusaha untuk melihat kebaikan dan hikmah Ilahi terhadap apa yang diciptakan Allah dalam situasi yang dihadapi seseorang, dan bersikap positif akan mendatangkan kebahagiaan bagi orang-orang beriman, baik di dunia mahupun di akhirat.

Tiada dukacita dan ketakutan yang menghinggapi orang-orang beriman yang memahami rahsia ini. Demikian pula, tidak ada manusia dan tidak ada peristiwa yang menjadikan rasa takut atau menderita di dunia ini dan di akhirat kelak. Allah menjelaskan rahsia ini di dalam Al-Qur’an sebagai berikut:

“Kami berfirman, ‘Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan mereka tidak bersedih hati’.” (Al-Baqarah : 38)

“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tidak bersedih hati. Iaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimah-kalimah Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.” (Yunus: 62-64)

* Beberapa Rahsia Al-Qur’an - Harun Yahya

AnnAr

Posted on May 15, 2009 by sakeena.
Categories: Uncategorized.

An‘n’Ar

An-Nisa’

Fitrah hiasan dunia

Fitnah dunia Ar-Rijal

Halus perasaanmu

Ingin disayangi, dibelai, dimanja

Dan kutahu dia juga begitu

Cinta itu fitrah

Jangan cemari dengan fitnah!

Jika benar kau mencintainya kerana Allah

Takkan kau bisa melunakkan suara

Tusukkan panahan menggoda

Kerana kau tahu

Itu bisa menggoyah iman Ar-Rijal

9 akal 1 nafsu

Namun nafsu yang sentiasa beraja

Takkan kau jadikan sang nafsu itu

Raja nafsu yang menggila

Kerana kau tahu

dia akan terjerumus dalam api yang membara

Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila

Adakah benar kau mencintainya kerana-Nya?

Ar-Rijal

Andai kau mencintainya

Cintalah kerana-Nya

Letakkan Dia melebihi cinta si dia

Andai kau menyayanginya kerana-Nya

Kau takkan bisa menggodanya

Kerana kau tahu

dia punya 9 nafsu 1 akal

Mana mungkin 1 akal menguasai 9 nafsu

Andai kau mengasihinya kerana-Nya

Kau takkan bisa menyuntik hubungan percintaan

sebelum pernikahan

Ber“abang-sayang”

Menyentuhnya walau yang “ringan”

Kerana kau tahu

Itu menghampiri zina

Dan kau tahu

Tempatnya di api menjunam

Na’uzubillahiminzalik

Apakah benar kau mengasihinya

Andai kau relakan dia terjun ke neraka-Nya?

An Nisa’…Ar Rijal

Ku mengasihimu lillah

Pesanku ikhlas lillah

Cinta tak salah

Fitrahnya suci

Anugerah Allah

Peliharalah ia

Dengan malu akan Allah

Dan takut akan murka-Nya

Andai Dia kau utamakan

Kau takkan gelisah

Andai dia lumpuh tanpa berita

Bisu tanpa suara

Walau teknologi di depan mata

Kau takkan rindu

Walau tak bersua

Kau takkan kecewa apatah gundah

Andai bait cinta tak terluah

Kerana kau tahu

dia menyimpannya khusus

Untuk yang dipertemukan

buat pertama kalinya!

Kerana kau yakin Dia yang terbaik

Akan Dia temukan yang terbaik jua untukmu

Andai dia yang terbaik untukmu

Akan Dia satukan jua hatimu dan hatinya

Hanya dengan aqad yang sah

Menghalalkan yang dulunya haram

Meniup barakah

Dalam redha Allah

Terurai lafaz kian tersimpan

Buat pertama kali dan arakiannya

Andai benar jodoh kau dengannya

Yakinlah!

Adakah benar kau meyakini takdir-Nya?

Aqad

Posted on April 29, 2009 by sakeena.
Categories: Uncategorized.

“Hamba terima nikahnya dengan mas kahwin RM 84 tunai.”

Lafaz itu sungguh luar biasa. Sebaik saja ia dilafazkan automatik hatiku diselubungi rasa cinta dan ia kian bergelora, tak dapat kugambarkan dengan kata-kata. Mungkin inilah pertemuan barakah yang Allah S.W.T. janjikan buat ikatan yang terpelihara. Ajaran Islam sangat indah dan apabila dipraktikkan melahirkan sesuatu yang indah pula.

Usai solat sunat pengantin baru bersama-sama, aku menyalaminya. Bergetar hebat seluruh jiwa saat pertama kali dahiku dikucup suami. Indahnya, subhanAllah! Pasti takkan kunikmati getaran seindah ini andai telah terbiasa bersentuhan sebelum nikah lagi. Indahnya syariat Allah yang mengatur kehidupan.

Hari kedua bermula ceria. Bagaikan sudah lama mengenalinya, walaupun perasaan malu masih bersisa. Banyak cerita yang ingin dikongsi bersama. Maklumlah sebelum kahwin tak pernah saling berbicara. Berkatnya sangat terasa. Andai sudah biasa berbual-bual sebelum berkahwin lagi sudah tentu tak dapat merasai nikmat sebegini, berbual mesra dengan si dia yang halal untuk kucintai.

Kami kemudiannya singgah di sebuah pantai peranginan yang dilatari pemandangan indah ciptaan yang Maha Pencipta. Indahnya menikmati ‘dating’ cinta di sana. Mm, kalaulah sudah biasa dating sebelum kahwin, pasti tiada perasaan luar biasa sebegini rupa. Begini berkatnya jika batasan syariat sama-sama dijaga, besar sekali peranannya dalam membuahkan cinta dalam rumah tangga.

“Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya.” (Al-A’raf 7:189)

Hairan melihat pasangan yang asyik bertelagah ketika bercinta tetapi akhirnya tekad untuk berumahtangga. Apabila berkahwin gaduhnya lebih besar dan isterilah yang selalunya menjadi mangsa. Setiap hari makan hati berulam jantung. Tak kurang juga yang bercerai walau baru setahun jagung berumahtanga.

Apabila muhasabah, rupa-rupanya jalan yang dilalui bercampur aduk antara yang halal dan yang haram. Kurang sensitif dengan perkara-perkara yang boleh melalaikan hati daripada hubungan dengan Allah S.W.T., redhanya lebih diutamakan dari redha-Nya.

Oleh itu, bagi yang belum berkahwin, usahlah cemari rumahtanggamu dengan maksiat. Sebelum berkahwin, jodoh untukmu adalah pilihan. Pilihan tentang susuk peribadi dan akhlak yang akan mendampingimu. Nama si dia telah pun tercatat di Luh Mahfuz untukmu, namun peribadinya ditentukan oleh peribadimu. Allah akan menjadikannya kufu pada kebiasaannya. Namun, tidak semua. Mungkin ujian untuk menguji ketaqwaan insan terpilih. Jadi jika impikan yang soleh, soleh dan solehahkanlah dirimu!

“Ya Tuhan, tunjukkan aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku dapat beramal soleh yang Engkau redhai. Berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada keturunanku. Seungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”

* Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul : Fatimah Syarha Mohd Noordin

Qalb

Posted on by sakeena.
Categories: Uncategorized.

Panggilan dari ibu bapaku lewat petang itu sungguh memeranjatkan. Mereka memujukku untuk menerima risikan baru. Peperiksaanku baru berakhir. Tika itu aku sedang berkemas-kemas untuk pulang ke kampung beberapa hari lagi.

“Qani’ah, abah tak pernah dengar pemuda cakap sopan macam ni. Asyik sebut nama Allah saja.” Ibu bapaku pantas meyakini agama pemuda ini walaupun baru mendapat satu panggilan telefon darinya.

Siapakah yang telah memenangi hati ibu bapaku itu sebelum tergesa-gesa memenangi hatiku ini?

Dalam suasana malam yang hening sepi kulakukan solat istikharah memohon petunjuk Ilahi. Mimpi baik menemani malamku. Keyakinan makin bertamu apabila aku dikhabarkan bahawa dia mengetahui tentangku dan keluargaku melalui orang perantaraan yang kukagumi kesolehannya. Cara yang soleh dan mengikut sunnah Nabi S.A.W benar-benar menambat hati. Tambah menawan hatiku, dia bijak memilih waktu yang sesuai untuk memulakan urusan, sebaik sahaja aku menghabiskan peperiksaan pada semester tahun akhir.

Sepanjang bergelar gadis, kusedar tugasku ialah men‘solehah’kan diri. Walaupun tidak termampu olehku mencapai darjat ‘wanita solehah’, sekurang-kurangnya ada usaha ke arahnya. Kuyakini janji Allah S.W.T.;

“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.” (An-Nur 24:26)

Ibu bapaku menelefon lagi menceritakan kebaikan dirinya. Aku juga mendapat tahu dia memiliki nombor telefonku. Namun langsung dia tidak menghubungiku malah terus-terusan memenangi hati ibu bapaku.

Caranya yang bijak ini membuatkan aku tidak mempunyai alasan untuk meragui agamanya. Terbukti dia seorang yang menjaga warak dan pergaulan, seseorang yang memiliki kekuatan dalaman. Sungguh mengagumkan. Tidak seperti risikan-risikan sebelumnya yang tergesa-gesa mahu menambat hatiku sebelum terlebih dahulu memenangi hati ibu bapaku.

Kini, hatiku tenang dan mula memberi jawapan. Agamanya menjadi faktor utama tarikan.

Sungguh daku insan yang lemah terkadang hanyut jua lantaran iman yang lemah dengan godaan nafsu dan syaitan yang tak pernah leka dalam tugasnya menyesatkan. Hanya ampunan-Mu kuharapkan. Maaf tulus dari hati atas sebarang khilaf dari hamba yang lemah. Moga sentiasa dalam peliharaan dan redha Allah. Ameen…

Amoré

Posted on by sakeena.
Categories: Uncategorized.

NO LOVE BEFORE AQAD !

Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. Namun apabila ia disusuli tindak tanduk yang tidak Allah redhai, ia akan menjadi fitnah. Allah S.W.T. meraikan fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan. Justeru untuk apa menikmati cinta sebelum perkahwinan? Bimbang ia akan jadi tawar dan hambar, hilang barakah. Kukuatkan prinsip diri dengan sebuah hadis riwayat Hakim, Ibn Asakir al-Dailami dll. :

“Sesiapa yang jatuh cinta kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya maka dia adalah seorang yang syahid.”

Dalam riwayat lain ;

“Sesiapa yang jatuh cinta lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang syahid”

Kunekad, selagi belum bersedia untuk bergelar isteri takkan sekali-kali kuserahkan hati ini kepada seorang lelaki. Biarlah cintaku kudus terpelihara hanya untuk insan bernama suami. Ini tekadku. Aku tidak mahu terjebak dalam kancah cinta palsu.

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa.”(Al-Furqan 25:74)

Risikan datang silih berganti. Kuhargai niat suci mereka selagi caranya di atas landasan syariat. Namun soal hati tak mampu kupaksa-paksa pada diri. Istikharah dan musyawarah tidak memberi sebarang ketenangan hati untukku menerima seseorang. Bukan jodoh mungkin atau belum masa yang sesuai untukku memberikan jawapan.

“Berapa ramai dah kita tolak. Kali ni kalau soleh kita terima. Tapi orang dekat saja.” luah ibuku. Aku tersenyum faham. Pasti setiap ibu bapa berat berjauhan dengan anak-anaknya.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi S.A.W. bersabda :

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara : Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu.”- Riwayat Muslim.

Harapanku melihat pemuda-pemuda Islam yang penuh wibawa, berkeperibadian mulia serta bijak bertindak dengan jalan yang dianjurkan syariat. Lebih telus dan suci, menjauhi lembah zina. Pemuda yang membuka lembaran kelalaian padaku, mampukah memimpinku ke syurga?

Kalau suka jumpalah ibu bapa. Sayangnya tiada yang berani tanda tidak bersedia. Kalau tak bersedia kenapa nak bercinta. Bukankah itu pintu zina semata-mata. Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan.

Masa berlalu. Dugaan datang jua. Semakin cinta Allah kuburu, semakin cinta lelaki mengejarku. Walhal ramai lagi gadis yang jauh lebih baik. Kutabahkan hati biarlah Allah ingin menguji. Mungkin Dia inginkan bukti daripada ungkapan cinta yang sering kuluahkan pada-Nya. Hanya pada-Nya jualah kuluahkan agar tetap teguh dengan prinsip perjuangan.

“Andai dirisik lagi, katakan saja dah ada pilihan. Lelaki takkan jemu berusaha selagi dia tahu seseorang itu belum berpunya. Ini semua untuk mengelak fitnah.”

Benar aku sudah ada pilihan. Pilihanku ialah lelaki soleh yang kuredhai agama dan akhlaknya meskipun belum dapat kuduga siapa orangnya.

InsyAllah setelah habis ijazah pertama, aku akan lebih bersedia memikirkan soal rumahtangga. Ketika itu, insyAllah aku akan membuat pilihan dengan penuh keyakinan. Moga diredhai Allah dan direstui ayah bonda.

Auld Lang Syne

Posted on April 16, 2009 by sakeena.
Categories: Uncategorized.

The Good Old Days

Should old acquaintance be forgot,
and never brought to mind ?
Should old acquaintance be forgot,
and days of auld lang syne ?

For auld lang syne, my dear,

for auld lang syne,

We’ll take a cup of kindness yet,

for auld lang syne.

And surely you’ll buy your pint cup !
And surely I’ll buy mine !
And we’ll take a cup of kindness yet,
for auld lang syne.

We two have run about the slopes,
and picked the daisies fine,
But we’ve wandered many a weary foot,
since auld lang syne.

We two have paddled in the stream,
from morning sun till dine
But seas between us broad have roared
since auld lang syne.

And there’s a hand my trusty friend !
And give us a hand of yours !
And we’ll take a right good-will draught,
for auld lang syne.

Umi

Posted on January 27, 2009 by sakeena.
Categories: Uncategorized.

BismillahirRahmanirRahim…

Pernahkah kita merasa mereka tidak memahami kehendak dan perasaan kita sebagai generasi kini? Mungkin banyak hati yang telah terguris…Sama-sama muhasabah moga sentiasa dalam redha Allah…

Assalamualaikum…muga kita semua dalam redha Allah, diberi kesihatan yg baik dan ketenangan hidup yang hakiki. Begitu juga saudara seislam kita satu dunia. Amin….

Doa umi muga aba dan anak-anak umi dipermudahkan semua urusan dunia dan akhirat, cita-cita. Begitu juga impian, keinginan dan harapan. namun dalam meniti kehidupan, berbagai rintangan mendatang, kadang apa yang kita harapkan, tidak semudah itu kita dapatkan, kadang apa yang kita inginkan, lain yang datang kepangkuan, begitu juga apa yang kita maksudkan lain pula penerimaan orang…bukan hati tak sedih, bukan jiwa tak rawan, rasa telah puas doa, usaha dan ikhtiar, kadang tertanya, bagaimana terlalu mudah laluan orang, bagai dicita ulam mendatang,..

Ah…itulah hati kita.hati umi yang sakit.mungkin juga hati anak-anak umi…iman umi yang kurang redha, resah, gelisah, tidak sabar, siapakah yang jadi mangsa? kalau bukan aba yang berhati walang, keras, kalau diikutkan hati…ha…mungkin hancur aba jadi serbuk roti! tapi bila tenang-tenang, alangkah syukurnya umi punya suami setegas aba, bila umi mengadu itu ini…ada saja jawabnya yang mudah…bila mengadu sakit, sabar, relax, exercise nanti baik insyaAllah…mengadu pasal masalah anak-anak umi, yalah-yalah nanti ok! dan kalau kata tak tahan merantau aje, nak balik, nak dekat dengan anak-anak dan keluarga…wa…wa…umi tak sayang aba, iman tak sayang aba, iman nak tinggal baba (aba nangis)…haru…adus…sabar jelah…

Sebenarnya beginilah hidup ini. jangan rasa kita seorang diuji. Allah uji kita setakat mana tahap kemampuan kita. kadang kita kata, kalau lah dia tu kita, alangkah happynya kita, mudahnya laluan, lurus je macam high way, tak ada nak liku -liku, tapi hakikatnya, sakit bangun, sengsara dia, hanya Allah yang tahu. sungguh! kalau tak tak kan syurga itu untuk tempat mereka yang telah Allah uji. sedang nabi besar dugaannya, inikan kita umat nabi di akhir zaman yang bagaikan buih-buih laut keiimanannya. Allahuakbar!

Sabarlah, redhalah, doakanlah selalu yg baik-baik untuk umi, begitu juga doa dan solat hajat umi selalu untuk aba, anak-anak umi yang tersayang dan semua mereka yang Allah hubungkan silaturrahim dengan kita. insyaAllah. percayalah,apa yang Allah beri itulah yg.terbaik untuk kita. kekurangan, kesilapan kita itulah cabaran kita. kita lupa selalu atas segala ujian, dugaan yg sedikit, kita sedih,merintih, hingga lupa lautan nikmat yang Allah telah beri, ruginya kita…

Apapun ingat selalu apa umi kata, tegur, marah, halang, tak setuju, puji, bangga, semuanya kerana umi sayang anak-anak umi. namun dalam membuat segala keputusan, mungkin umi tersilap, keputusan tak sebaik, tak seindah anak -anak umi harapkan…jadi redhalah, maafkan umi, kerana tiada ibu ayah yang sanggup melihat anaknya derita, sengsara, sabarlah, insyaAllah ada hikmah disebaliknya, mungkin tidak didunia tapi diakhirat hendaknya, kekal selamanya kita disana…

Akhirnya senangkan hati, sabar, hargai apa yang ada di depan mata kita sementara ia masih ada, kuatkan hubungan adik beradik, rapatkan silaturrahim, lembutkan hati untuk terima salah orang sebagai silap kita, kuatkan jiwa dan tenangkan hati dengan amalan surah An-Nasr sebagai ubat ketenangan jiwa, dan sebagai anak remaja dan menginjak dewasa amalkan selalu surah Al-Waqiah. semuga dimurahkan rezeki dan dipertemukan jodoh dengan yang baik, niat lah nak yang macamana berkenan kat hati (amal suka ni) he…kira macam abalah, jejaka pojaan, senyum aba, kembang…

Akhirnya, harapan umi agar umi akan menjadi umpama si burung pipit yang membawa air di paruhnya untuk memadamkan api yang sedang marak membakar nabi Ibrahim A.S, hai pipit kau tak kan dapat memadamkan api yg sedang membakarku…kata pipit, memang aku tidak dapat memadamkan api ini, tapi setidaknya aku telah menjalankan tanggungjawabku, dan seterusnya aku serahkan pada Allah untuk membantumu…

Sayang umi semua…wassalam…

Amin

Posted on January 18, 2009 by sakeena.
Categories: Uncategorized.

BismillahirRahmanirRahim…

Aspirasi atau pro-Mahasiswa? Walau apa pun amanah yang kita pegang, di mana pun posisi kita sentiasa ikhlas dalam mengharap redha Allah. Setiap tindakan yang akan dibuat mohon petunjuk dari-Nya agar tak tersasar dari landasan syariat. Wallahu a’lam…

http://www.promahasiswaupm.blogspot.com/

(Kalau ada laman aspirasi dapat link kan sekali)

Al Amin secara bahasa bererti yang setia, jujur dan terpercaya dipercayai. Seorang pemimpin yang mempunyai sifat ini ketika menerima jawatan akan menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan penuh dedikasi. Sifat seperti ini selalunya muncul pada individu yang percaya dengan yakin bahawa tugas dan jawatan yang disandang adalah sebagai amanah dari Allah. Dia meyakini amanah itu akan dipertanggungjawab dan dipersoalkan kelak di akhirat.

Setiap pemimpin dilahirkan sebagai pemimpin. Rasulullah Muhammad Sallallahualaihi wa sallam bersabda:

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu akan ditanya tentang natijah kepimpinannya.”

Tinggal cuma, ada manusia tidak tahu dia sebenarnya adalah pemimpin yang mampu membuat keputusan dan perubahan. Ya, hakikatnya semua manusia adalah pemimpin, paling tidak memimpin dirinya sendiri kepada menjaga kestabilan badannya. Penjagaan dan kesihatan badan juga akan ditanyakan Allah kelak. Ya, sehingga perihal itu.

Kita tentu mengetahui kisah khalifah Umar Al Khattab. Dia adalah salah seorang khalifah yang sangat tegas dan terkenal dengan kejujuran dan kehebatannya dalam memimpin. Kehidupannya sangat sederhana. Seorang utusan raja dari Parsi pernah langsung tidak mengenalinya. Ketika itu dia mendapati Umar sedang istirehat di bawah sebatang pokok beralaskan daun pelepah kurma tanpa seorang pengawal pun. Tidak terlihat pada dirinya kemewahan, apatah lagi kebesaran seorang raja dan pemimpin dunia, meskipun Umar layak.

Tidak jauh beza dengan cucunya, Umar bin Abdul Aziz, khalifah yang memerintah pada era Umawiyyah yang juga terkenal sangat jujur. Dia sangat takut menggunakan kemudahan kerajaan untuk kepentingan peribadinya. Dia rela berbincang dengan puteranya dalam keadaan gelap-gelita daripada menggunakan lampu dan minyak milik kerajaan, iaitu harta rakyat pimpinannya. Bukan takut apa? Takut salah guna harta milik rakyat yang diamanahkan. Dia percaya dan yakin hidupnya, amalannya akan dihisab dan dipersoal tuhan, iaitu Allah, Raja segala raja.

Begitu sekali cara seorang yang Al Amin (jujur dan terpercaya) dalam menjalankan tugas. Dia melihat jawatan merupakan amanah yang penuh dengan peluang. Bukan peluang untuk mengumpulkan harta dan memperkaya diri. Tetapi peluang untuk mempermudah terlaksananya tugas utama sebagai hamba Allah dan khalifahNya di muka bumi.

Ya, mempermudah kerja sebagai hamba Allah. Mudah dengan asbab melalui jawatannya, tertebarlah nilai-nilai keadilan di tengah-tengah masyarakat.

Pemimpin seperti ini akan menjadi teladan dan selalu dicintai rakyatnya. Masyarakat akan berasa tenang di bawah kepimpinannya. Di akhirat kelak akan mendapat pula anugerah khasdari Raja segala raja, Allah Subhanahu wa Taala. Dalam hadis disebutkan:

Ada tujuh golongan yang akan mendapatkan naungan di sisi Allah di saat tidak ada naungan kecuali naungan dari Allah, salah satu di antaranya adalah pemimpin yang adil. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Lawan Al Amin adalah Khianat. Cara pemimpin yang khianat penuh dengan kecurangan dan serupa pengecut, tidak amanah serta jauh dari nilai keadilan, tiada peduli akan kesusahan rakyat pimpinannya.

Di akhirat nanti mereka akan menuai sengsara. Rasulullah berpesan:

Tidaklah seorang diamanahkan suatu kaum, kemudian ia meninggal dalam keadaan curang terhadap rakyatnya maka diharamkan baginya syurga. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sudahkah kita memiliki sikap Al Amin hingga menjadi sifat kita? Al Amin kah kita dalam kerja kita?

http://kmelaka.wordpress.com/2008/03/05/meneladani-al-amin/

Maaf atas semua kekurangan dan kelemahan diri dalam sebarang tugas yang telah diamanahkan…ya Allah Maha Penguasa alam seluruhnya…Kau peliharalah setiap peribadi muslim dan ikatan antara kami agar setiap kelemahan mahupun kejayaan kami tidak terpalit fitnah pada kesucian Islam..Amin ya Allah…

Oh

Posted on January 11, 2009 by sakeena.
Categories: Uncategorized.

Di saat saudara2 kita di Palestin menderita dibantai zionis laknatullah, ada diantara kita masih begitu selesa dan bergembira, langsung tidak merasa apa2, tidak peka malah ada yang tidak tahu apa2 tentang kezaliman yang berlaku di Gaza.

Di saat saudara-saudara kita di sana begitu huru-hura, diserang secara membabi buta oleh zionis, kita masih bergelak ketawa riang gembira turut sama ikut merayakan perayaan ala mereka. Masih ramai yang begitu ceria dan seronok menyertai sambutan tahun baru malah ada yang turut sama ikut merayakan hari krismas yang telah diharamkan oleh para ulama kepada ummat Islam.

Hari berganti hari, masa terus berlalu, namun serangan zionis semakin dahsyat. Walau dikutuk dicerca dunia, zionis semakin mengganas membantai membunuh saudara kita sesuka hati. Ratusan kanak2, wanita dan orang awam mati begitu saja di bom zionis laknatullah.

Aduhai…murah sungguh nilai nyawa Ummat Islam. Aduhai lemah dan hinanya Ummat Islam sekarang.

Di mana maruah kita sebagai Ummat Islam? Hina sangatkah kita?

Di saat saudara2 kita di Palestin dibantai dihenyak diganyang sesuka hati bagaimanakah kita di Malaysia masih terus bergelak ketawa riang gembira seperti tiada apa2 yang terjadi.

Ahhh, sini bukan Palestin…siapa peduli?

Begitukah sikap kita? Apakah sikap kita? Apa yang boleh kita buat?

Usaha/perkara/tindakan yang mampu kita lakukan dalam membantu saudara2 kita di Palestin.

1) Bantuan tenaga dan diri

Pergilah ke medan di Palestin, jika ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih hebat dari itu dari bantu dari segi fizikalnya

2) Bantuan Harta
Bagi yang tidak mampu pergi, sumbanglah bantuan kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, kalau di UK kini cuacanya sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga kini berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius pada sebelah malam.

3) Bantuan Doa
Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga mereka yang mampu, teruskanlah berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi zionis, pemimpin Amerika dan sekutunya.

Doa yang boleh dibaca :-

  • Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut, kerana mungkin agak sukar untuk menghafal qunut Nazilah ini. Perbuatan memegang kertas itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie, kerana anda tidak membuat pergerakan yang besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebentar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada pergerakan yang berturut-turut.
  • Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
  • Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
  • Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat
Bagi yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman
Sertailah dengan aman dan makmurkannya, namun jangan pula lupa untuk memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu yang lain.

6) Menulis
Tulislah di blog, web, forum, ruangan akhbar, majalah, yahoogroup dan lain2nya. Buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah
Anda mampu ceramah? Berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda. Anda tidak semestinya seorang ustaz/ustazah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan/orang biasa pun boleh.

8.) Boikot
Boikotlah barangan Israel dan Amerika (yang menyumbang secara langsung) mulai sekarang. Hantarlah surat bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Kepada pelajar al-Azhar, diharapkan dapat mengambil tindakan/inisiatif yang sesuai terhadap kerajaan Mesir.

Sekali lagi saya menyeru, Marilah kita bersama-sama mengambil peduli tentang nasib saudara kita umat Islam di Palestin!

Jangan dirasakan usaha kita ini sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.

Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau menghancurkan kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan
umat Islam seluruhnya. Amin amin ya rabbal ‘alamin…”

http://pakarhowto.com/luahan-hati/pembantaian-umat-islam-di-gaza-pedulikah-kita.html